Monday, February 2, 2009

02.02.2009 Yang Best Giler...

Seperti yang diplankan, aku ngan member serumah ke Jaya Jusco katBukit Tinggi Klang. Fuh! sampai jugak aku kat sini. Bukan senang nak datang merewang ke sini. Dari bulan Januari lagi kami bertiga plan nak ke sini sebab nak tengok wayang. Kali terakhir aku tengok wayang Disember 2008 sebabnya aku just ke Klang nak beli tiket balik kg. Masa tu aku gi sorang-sorang ja..hahaha wat keja gila sket sebab masa tu jiwa tengah kacau. Lagi pun dah alang-alang dah sampai balun ja la. Tengok citer Twilight,wah..terpikat aku ngan heronya yang ensem tu. Robert Pattinson vempire paling ensem beb! hahaha.

Masa kat Jaya Jusco kami sampai pkul 10.30 pagi..dah bersemangat nie. Mula-mula sampai apa lagi isi perut ar, dah lapor. Aku perkena nasi ngan Tom Yam walaupun demam lum kebah dan mukus masih bersarang di hidung comei ku ini. Neslo satu...minuman kegemaranku. Naik tingkat 2 dok berdebat nak tengok citer apa. hmmm.....last sekali kami sepakat 11.20 am ambik citer MAUT. Insaf gak tengok citer nie cuma tak digarap dengan sebaik mungkin dan kesan tu tak berapa nak sampai dalam hati. 3.20 pm masuk buat kali kedua dengan citer BRIGE WARS. hahaha....kelakar gak citer nie, tapi sadis plak masa time last-last. Memang gamat la satu panggung dengan telatah LIV dan EMMA. Aisye...bilalah turn aku nak kahwin...huhuhuhu.

Pkul 6.30 baru kami blah dengan bayaran parking sebanyak 6 hinggit. Terkejut untie tu tengok cas parking kami. Hahaha....ala untie bukan selalu la kami nak enjoy ini macam. Sampai kat umah dah pkul 7.45 malam. Sempat lagi sembahyang Maghrib kat umah. Nak singgah kat surau perut dan sebu macam nak termuntah.

Dah penat sampai tak leh nak tido, pkul 11.00 malam baru aku tido, walhal esok keja nak kena bangun awal pagi. Nasib baik aku terbangunkan diri aku nie.

Tapi bagi Maria, hari tu lebih bermakna sebab hari tu Birthdaynya. Tengah malamnya kami dah celebrate kat umah. Makan kek coklat tetengah malam. Hahaha...

No comments:

Post a Comment