Dah lama aku biarkan blog aku nie sepi...banyak benda yang perlu aku bereskan...Tahun 2011 memberi pelbagai ragam dan cabaran sebagai PPM. Cikgu Iza pun dah bertukar ke Perak. Kini aku bersama guru baru di Prasekolah Bestari..penuh cabaran! itulah yang dapat aku luahkan...sesungguhnya kalau kita buat kerja tidak sepenuh hati, yang jadi mangsa adalah murid-murid. Tak mampu aku nak jaga 25 orang anak-anak yang nakal-nakal dan manja-manja tahun ini. Hakikatnya aku terpaksa menjadi GARANG....mereka dah tak terkawal. Tahun ini sekolah menerima 4 orang guru praktikal dari Unisel..memang menyeronokkan sebab mereka sudi membantu aku dalam menyiapkan kerja. Cuma sekarang, bila tinggal berdua seperti sedia kala...apa lagi, tak terkawal anak-anak prasekolah...sebab itu lah aku kini semakin garang walaupun aku tak suka berbuat demikian. Namun garang aku masih belum mampu membentuk mereka seadanya, hanya aku seorang yang memainkan peranan. Susah..memang susah..dengan tugasan yang semakin banyak...sesekali aku rasa macam nak pindah ke sekolah lain..tapi aku tak mampu dan sayang ku kepada SK Pasangan mematahkan niatku. Yang boleh aku buat teruskan bersabar dengan ujian ini. InsyaAllah..kalau niat kita ikhlas Allah akan sentiasa tunjukan jalan yang benar...