Pukul 5.30 pagi aku dah bangun, masuk ja bilik air ada sms masuk...dalam hati terfikir
"siapa yang msg pepagi nie?" tergerak hatiku menyebut nama Iza, Guru Prasekolah di SK Pasangan. Tekaan ku tepat, Cikgu Iza tak dapat datang ke sekolah hari ini sebab anaknya demam. Jadi hari ini aku terpaksa mengawal kelas prasekolah. Aku sebagai Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah. Cadangnya nak tukar pakai baju kurung tapi tak jadilah, biarlah aku pakai baju sukan ja. Dah rutin, hari Isnin dan Khamis ada aktiviti fizikal di padang. Hari sukan sekolah pun makin dekat.....
Tergopoh gapah aku memasak pada awal pagi, dah beli barangnya. Alang2 masak ajalah...mujur semuanya okey. Selesai uruskan sarapan pagi aku memberi arahan supaya mereka semua beratur di luar kelas. Budak-budak, tak habis2 nak bercakap. ada jugak yang bergaduh...alahai.....
nak main apa ya hari nie? huu....Cikgu Lecthumy yang relief...tapi tak di herannya dek bebudak tu. Just takut dengan Cikgu Iza ja, kalau cikgu lain....di pandang gitu aja. Anak-anak ku.....
Si Arif, balik ja dari padang terus dia menangis sebab yang mengajar bukannya Cikgu Iza, jenuh pulak aku nak memujuk. Nak pulak dengan gelagat Irfan yang berceloteh tak henti2 sebab aga geng, Si Faris. Nia yang kecil molek pun bercerita itu ini. Si Arif ku biarkan saja, penyudahnya dia masuk jugak ke kelas tapi tak nak belajar. terpaksalah aku berada di sebelahnya menemani dia mewarna. Arif nie payah sikit sebab kalau dia dah marah, dia akan bertindak agresif pada diri sendiri. layan aja laa....
11.30 pagi aku lepaskan anak-anak prasekolah balik. Ingatkan dah selesai tapi belum rupanya. Fakhrul balik lambat sebab uminya ada hal. Dia aku suruh bermain di bilik pra sahaja. Pukul 1.30 bagus ja aku nak rehat Cikgu Dzul memanggil namaku dari kantin. Fakhrul!! dia belum balik lagi. Abangnya Tahun 6 terlupa akan adiknya. Kepala aku dah makin berat, semalam aku bersengkang mata menyiapkan kerja untuk Cikgu Azmi. Argh.....dugaan
Syukur Fahkrul dah balik, dah pukul 4.00 petang aku pun balik. Ingatkan besoknya nak masak Cucur Udang, tapi tak kesampaian la....Cikgu Iza msg lagi. "Lia, esok orang cuti lagi. Anak belum baik dari demam." Huhuhu aku reply "OK"
Hari nie, sampai 4 orang guru yang relief tapi tak ada pun yang nak mengajar. Aku nak ja mengajar tapi tak dibenarkan sebab aku bukan guru. Aku bagi ja anak-anak tu bermain, Arif memula menangis tapi sekejap ja. Dia tak nak wat keja pun, just stay kat sebelah aku. Sesekali dia baring kat atas riba, duduk atas aku la...last sekali aku pujuk buat keja. Happy aja menyanyi lagi "Gagap" dari STACY AF6...pengaruh btol.
Nia pun nak tunjuk bakat. Lagu TEMAN TAPI MESRA dengan KETAHUAN dia nyanyi untuk aku....Pergh!!! penuh gaya. terhibur la hati aku dengan gelagat dia.
Fahrul aku suruh ja tunggu abangnya di tempat letak basikal. Kang tertinggal lagi.....pukul 4.00 petang aku balik.