Terasa macam baru semalam aku menjejakan kaki ke Kuala Selangor demi menjalankan tugasan aku. Satu tempat yang aku tak pernah tahu akan kewujudannya. Masa berlalu dan kini aku dah 2 tahun berada di sini. Di sini aku kenal dengan Maria,Suria,Jihan,Hasnah,Jamilah,Rogayah dan yang terbaru Nabila. Tu la nama-nama member serumah aku. Umur pun kian meningkat...dah 27 tahun tapi huhuhu sedihnya sebab masih solo and molo. Ahak! dah 2 bulan aku ditinggalkan tapi malam tu mamat tu leh wat miss call kat aku. Kalau dulu aku rasa syoikkk giler bila kekasih hati miss call tapi la nie aku dah bekukan hati. Lantaklah dengan mamat tu, aku dah kisah dah. Dia ingat aku nie apa??? Perayu Cinta?? Huh! jangan ingat aku akan mengalah lagi. Aku dah tak mau memperlekehkan maruah aku sebagai seorang wanita. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia dan sebetulnya jodoh aku belum sampai.
Sekarang nie tugasan makin bertambah, nak pulak Hari Sukan makin dekat. Esok dah mula wat latihan untuk murid-murid. Sebagai Pembantu Prasekolah...aku perlu lebih bertanggungjawab terhadap "anak-anak" ku.
Wednesday, March 4, 2009
Sunday, March 1, 2009
KENAPA DENGAN MOOD KU?
Datang keja macam biasa....sediakan sarapan untuk anak-anak prasekolah. Hari nie entah kenapa mood aku jadi sensitif. Masa perhimpunan ja Cikgu Hairudin dah suruh pujuk anaknya murid prasekolah beratur. Aku dah laksanakan tapi anak dia tak nak jugak beratur. Aku cuba lagi dekati Fiyni dan memujuknya tapi dia tetap tak nak. Apalah kuasa aku nak marah anak orang? Bila ayahnya marah dia menangis di perhimpunan, aku dah rasa tegang. macam laki bini bergaduh pulak bila aku tengok muka Cikgu Harudin dengan Cikgu Norezan. Yang buat aku rasa sengal satu badan bila Cikgu Iza marahkan aku sebab cuba memujuk Fiyni...Ah! salah lagi!! semuanya aku rasa serba tak kena. Entah kenapa yang paling buat aku rasa terkesan di hati bila aku terlihat ekpresi muka Cikgu Iza yang masam sambil menjeling. Jiwa kacau rasa sebal dan sengal sesangat....sampai habis perhimpunan. Masa masak pun aku rasa hangin lagi...mengeletar ja badan aku nie. Argh......!!! aku memang tak suka perasaan yang aku alami sekarang. Buat aku jadi orang jahat. Tekanan mula terasa macam nak berlari jauh mencari ketenangan....mungkin hari nie mood aku tak okey. kenapa? entahlah....mungkin kepala aku dah sarat dengan masalah hati yang aku tanggung selama ini. Mungkin esok akan lebih baik dari hari ini.....
Thursday, February 19, 2009
PRASEKOLAH SK PASANGAN
Pukul 5.30 pagi aku dah bangun, masuk ja bilik air ada sms masuk...dalam hati terfikir
"siapa yang msg pepagi nie?" tergerak hatiku menyebut nama Iza, Guru Prasekolah di SK Pasangan. Tekaan ku tepat, Cikgu Iza tak dapat datang ke sekolah hari ini sebab anaknya demam. Jadi hari ini aku terpaksa mengawal kelas prasekolah. Aku sebagai Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah. Cadangnya nak tukar pakai baju kurung tapi tak jadilah, biarlah aku pakai baju sukan ja. Dah rutin, hari Isnin dan Khamis ada aktiviti fizikal di padang. Hari sukan sekolah pun makin dekat.....
Tergopoh gapah aku memasak pada awal pagi, dah beli barangnya. Alang2 masak ajalah...mujur semuanya okey. Selesai uruskan sarapan pagi aku memberi arahan supaya mereka semua beratur di luar kelas. Budak-budak, tak habis2 nak bercakap. ada jugak yang bergaduh...alahai.....
nak main apa ya hari nie? huu....Cikgu Lecthumy yang relief...tapi tak di herannya dek bebudak tu. Just takut dengan Cikgu Iza ja, kalau cikgu lain....di pandang gitu aja. Anak-anak ku.....
Si Arif, balik ja dari padang terus dia menangis sebab yang mengajar bukannya Cikgu Iza, jenuh pulak aku nak memujuk. Nak pulak dengan gelagat Irfan yang berceloteh tak henti2 sebab aga geng, Si Faris. Nia yang kecil molek pun bercerita itu ini. Si Arif ku biarkan saja, penyudahnya dia masuk jugak ke kelas tapi tak nak belajar. terpaksalah aku berada di sebelahnya menemani dia mewarna. Arif nie payah sikit sebab kalau dia dah marah, dia akan bertindak agresif pada diri sendiri. layan aja laa....
11.30 pagi aku lepaskan anak-anak prasekolah balik. Ingatkan dah selesai tapi belum rupanya. Fakhrul balik lambat sebab uminya ada hal. Dia aku suruh bermain di bilik pra sahaja. Pukul 1.30 bagus ja aku nak rehat Cikgu Dzul memanggil namaku dari kantin. Fakhrul!! dia belum balik lagi. Abangnya Tahun 6 terlupa akan adiknya. Kepala aku dah makin berat, semalam aku bersengkang mata menyiapkan kerja untuk Cikgu Azmi. Argh.....dugaan
Syukur Fahkrul dah balik, dah pukul 4.00 petang aku pun balik. Ingatkan besoknya nak masak Cucur Udang, tapi tak kesampaian la....Cikgu Iza msg lagi. "Lia, esok orang cuti lagi. Anak belum baik dari demam." Huhuhu aku reply "OK"
Hari nie, sampai 4 orang guru yang relief tapi tak ada pun yang nak mengajar. Aku nak ja mengajar tapi tak dibenarkan sebab aku bukan guru. Aku bagi ja anak-anak tu bermain, Arif memula menangis tapi sekejap ja. Dia tak nak wat keja pun, just stay kat sebelah aku. Sesekali dia baring kat atas riba, duduk atas aku la...last sekali aku pujuk buat keja. Happy aja menyanyi lagi "Gagap" dari STACY AF6...pengaruh btol.
Nia pun nak tunjuk bakat. Lagu TEMAN TAPI MESRA dengan KETAHUAN dia nyanyi untuk aku....Pergh!!! penuh gaya. terhibur la hati aku dengan gelagat dia.
Fahrul aku suruh ja tunggu abangnya di tempat letak basikal. Kang tertinggal lagi.....pukul 4.00 petang aku balik.
Wednesday, February 18, 2009
BAJU BATIK oh BAJU BATIK.....
kawan seumah aku ada meeting kat Johor 20hb nanti...dok cbuk cari baju batik. Ari selasa 17hb dia ajak aku g Sungai Besar nak cari kain kat Arked Man....pegi pun dah petang sebab balik keja baru la leh g sana. Kami g bertiga jugak...tiga dari pinggitan...ahak!!!
payah gak ngan kawan aku nie, memilihnya lama kemain lagi...jenuh dok menunggu dia wak keputusan kain desing mana yang dia nak. kami bagi cadangan pun tak berapa nak pasti....dah melilau aku meneroka kain baju kat kedai tu....nasib baik kewangan tak mengizinkan kalau dak dah dapat sepasang baju baru. nak pulak aku dalam proses belajo menjahit nie....hope jadi la kot.
dari pukul 6 sampai la pukul 7 malam baru la kami kuar dari situ. itupun sebab kedai tu dah nak close....dah dapat kain kena la cari tukang jahitnya. kat Sungai besar upah orang jahit baju murah lagi. kalau kat Kuala tu sampai RM35...tapi mak cik tu ambek RM20 ja. apa lagi sepasang baju kurung pahang aku tempah.kain tu kawan2 yang bagi masa birthday aku ari tu.
pukul 10 malam baru sampai kat Kuala..penat tapi sempat lagi aku baca novel. esok kat tempat keja aku ngatuk siot tapi ku tahan saja mata ku ini demi tugasan ku.
hehehehe....itulah kisahku

Monday, February 2, 2009
02.02.2009 Yang Best Giler...
Seperti yang diplankan, aku ngan member serumah ke Jaya Jusco katBukit Tinggi Klang. Fuh! sampai jugak aku kat sini. Bukan senang nak datang merewang ke sini. Dari bulan Januari lagi kami bertiga plan nak ke sini sebab nak tengok wayang. Kali terakhir aku tengok wayang Disember 2008 sebabnya aku just ke Klang nak beli tiket balik kg. Masa tu aku gi sorang-sorang ja..hahaha wat keja gila sket sebab masa tu jiwa tengah kacau. Lagi pun dah alang-alang dah sampai balun ja la. Tengok citer Twilight,wah..terpikat aku ngan heronya yang ensem tu. Robert Pattinson vempire paling ensem beb! hahaha.
Masa kat Jaya Jusco kami sampai pkul 10.30 pagi..dah bersemangat nie. Mula-mula sampai apa lagi isi perut ar, dah lapor. Aku perkena nasi ngan Tom Yam walaupun demam lum kebah dan mukus masih bersarang di hidung comei ku ini. Neslo satu...minuman kegemaranku. Naik tingkat 2 dok berdebat nak tengok citer apa. hmmm.....last sekali kami sepakat 11.20 am ambik citer MAUT. Insaf gak tengok citer nie cuma tak digarap dengan sebaik mungkin dan kesan tu tak berapa nak sampai dalam hati. 3.20 pm masuk buat kali kedua dengan citer BRIGE WARS. hahaha....kelakar gak citer nie, tapi sadis plak masa time last-last. Memang gamat la satu panggung dengan telatah LIV dan EMMA. Aisye...bilalah turn aku nak kahwin...huhuhuhu.
Pkul 6.30 baru kami blah dengan bayaran parking sebanyak 6 hinggit. Terkejut untie tu tengok cas parking kami. Hahaha....ala untie bukan selalu la kami nak enjoy ini macam. Sampai kat umah dah pkul 7.45 malam. Sempat lagi sembahyang Maghrib kat umah. Nak singgah kat surau perut dan sebu macam nak termuntah.
Dah penat sampai tak leh nak tido, pkul 11.00 malam baru aku tido, walhal esok keja nak kena bangun awal pagi. Nasib baik aku terbangunkan diri aku nie.
Tapi bagi Maria, hari tu lebih bermakna sebab hari tu Birthdaynya. Tengah malamnya kami dah celebrate kat umah. Makan kek coklat tetengah malam. Hahaha...

Subscribe to:
Posts (Atom)