Tuesday, April 10, 2012

KATA-KATA

Kita berjumpa kerana takdir.
Kita berkawan kerana kasih sayang.
Kita bersama kerana hati.
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa.
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.

THANK YOU, TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku.

Mengingati teman tanda persahabatan.
Mengingati mati sumber kekuatan iman.
Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan.
Mengingati ALLAH itulah ketenangan.

Indah "PELANGI" kerana "WARNA".
Indah "TAMAN" kerana "BUNGA".
Indah "HATI" kerana "AKHLAK".
Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN.
Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita.

TRUE FRIENDS are like morning,
You can't have THEM the whole day,
But You can be sure THEY will be there
when you wake up tomorrow, next week, next year and forever.

Bila ucapan salam dikirim dari jauh,
tiada kata dapat didengar.
tiada senyumana yang dapat dilihat.
TAPI apa yang dapat dirasai,
CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati.

Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya agar ideal segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang kuhargai dan kusayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu mengingatkanku padaNya. Membuat hatiku tak upaya melupakannya. Subhanallah~

Secebis senyum membawa seribu makna, Sedetik rindu adalah satu perjuangan,
Satu ingatan bersemi didalam doa dari sahabat untuk sahabatnya~

Ukhti, sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000x lebih baik daripada sejuta mutiara dilautan. Sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia. Sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata. Sesuci hati hanya kerana Ilahi itulah hakikat cinta abadi. Uhibbuki fillah ya ukhti, Semoga ikatan ini membawa pada satu perjuangan hakiki.

Ya Rabbi, selimuti istirehat sahabatku ini dengan kemuliaanMu, Hapuskan segala kesusahan dari hatinya. Bangunkan dirinya saat tahajudMu tiba, Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa, Hamparkan waktu-waktu yang diinfakkan keranaMu dengan sebaik-baik amalan. Perkenankanlah Ya Allah.

Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidupmu. Hadir ku tanpa disapa, hilangku tak membawa apa-apa, tapi mengenalimu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa".

Sahabatku sayang, Cinta Allah tak akan hadir kedalam hati kita jika masih ada walaupun sedikit cinta manusia. Caranya, kena bersungguh-sungguh berazam untuk tinggalkan 'si dia' kerana kita takutkan Allah. Jika kita berusaha menjaga hati kita. Allah akan campakkan rasa nikmat dan puas dalam melaksanakan 'MUJAHADAH' ini. Hatimu akan merasa betapa nikmatnya mensucikan hati.
Sahabatku sayang, jika terus juga bergelumang dalam maksiat (cinta yang tak diredhai Allah). Kita bimbang jika Allah tak nak pedulikan kita.

Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen.

I ask Allah to.. make you happy, make you smile,guide you safely through every mile, grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful life. InsyaAllah.

Kubina hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah. Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan. "Kerana Ukhuwah itu indah"

Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, Isyakmu keberkatan dan doamu diterima dan diluaskan rezekimu